“Beli rumah pertama salah langkah, boleh jadi beban bertahun-tahun.”
Ramai yang teruja nak beli rumah pertama, tapi ramai juga yang tersilap langkah kerana kurang ilmu dan tidak buat persediaan. Kesilapan ini boleh menyebabkan pembelian jadi beban — dari segi kewangan, emosi dan masa depan.
Sebagai ejen hartanah yang banyak bantu pembeli rumah pertama, saya kerap jumpa 5 kesilapan utama ni:
1. Tak Semak Kelayakan Loan Dulu
Ramai terus cari rumah dulu, lepas tu baru fikir pasal loan. Akibatnya, jumpa rumah idaman tapi tak layak pinjam.
✅ Apa patut buat?
Semak dulu kelayakan pinjaman berdasarkan gaji, komitmen bulanan dan rekod CCRIS/CTOS. Ini langkah paling penting sebelum buat sebarang bayaran booking.
2. Beli Ikut Emosi, Bukan Ikut Kemampuan
Terpikat dengan rumah cantik atau kawasan popular, tapi tak tengok sama ada mampu bayar ansuran bulanan atau tidak.
✅ Apa patut buat?
Beli rumah ikut kemampuan sebenar. Jangan terpedaya dengan ‘bulan pertama murah’, sedangkan ansuran sebenar nanti membebankan.
3. Tak Kira Kos Tambahan (Legal Fee, MOT, MRTA)
Ramai ingat cukup dengan 10% deposit. Tapi lupa ada kos tambahan seperti guaman, setem duti, MOT, insurans MRTA, yuran penilaian, dan sebagainya.
✅ Apa patut buat?
Sediakan bajet tambahan sekitar 3%–5% dari harga rumah untuk tampung kos sampingan ni.
4. Tak Guna Peguam Sendiri
Ada pembeli yang ikut saja peguam pihak pemaju atau penjual tanpa tahu hak sendiri. Ini risiko bila berlaku isu geran, lewat pindah milik atau syarat berat sebelah.
✅ Apa patut buat?
Gunakan peguam hartanah yang bebas dan berdaftar. Sebagai ejen, saya boleh bantu cadangkan peguam yang dipercayai dan telus.
5. Tak Buat Market Study (Sewa & Nilai Semasa)
Beli rumah tanpa tahu kadar sewa semasa atau nilai pasaran sebenar boleh buat anda rugi terutama kalau niat nak buat pelaburan atau jual balik kemudian hari.
✅ Apa patut buat?
Dapatkan laporan nilai pasaran (market value) dan bandingkan dengan rumah sekitar. Saya boleh bantu buat semakan ini secara PERCUMA.
Kesimpulan: Nak Beli Rumah, Biar Bijak Dari Awal
Beli rumah pertama bukan sekadar bayar booking dan tunggu loan. Ia pelaburan besar jadi pastikan anda elak kesilapan yang ramai pernah buat.
Kalau anda perlukan bantuan langkah demi langkah, dari semakan loan hingga serahan kunci, saya sedia bantu anda.