Ramai pembeli rumah pertama ingat proses beli rumah (terutamanya rumah subsale) ni mudah. “Bayar booking, tunggu loan lulus, dapat kunci.” Sebenarnya, prosesnya lebih daripada itu.

Sebagai ejen hartanah yang aktif di kawasan utara (Pulau Pinang, Kedah, Perlis & Perak Utara), saya dapati ramai first-time buyer masih blur dengan susunan sebenar proses ni. Jadi, saya ringkaskan dalam 7 langkah penting supaya anda boleh bersedia dari awal:

 1. Semak Kelayakan Loan

Langkah pertama sebelum cari rumah ialah tahu berapa harga rumah yang anda layak beli.
Semakan ini ambil kira pendapatan, komitmen bulanan (CTOS, CCRIS) dan kadar DSR (Debt Service Ratio).

2. Viewing Rumah

Bila dah tahu bajet, bolehlah mula tengok rumah. Pilih lokasi yang sesuai dengan tempat kerja, kemudahan, dan gaya hidup.
Sebagai ejen, saya akan bantu bawa tengok unit yang bersesuaian ikut bajet, ikut keperluan.

3. Booking (Tandatangan OTP)

Dah berkenan? Boleh terus buat booking dan tandatangan OTP (Offer To Purchase).
Biasanya perlu sediakan bayaran booking sekitar 2–3% dari harga rumah, dan rumah tersebut akan “dipegang” untuk anda sementara urusan loan & guaman berjalan.

 4. Mohon Loan Bank

Seterusnya, permohonan loan dimulakan. Anda boleh mohon dengan 2-3 bank serentak (bank panel peguam).
Saya bantu uruskan permohonan supaya dokumen lengkap, peluang lulus lebih tinggi.

 5. Terima & Tandatangan Letter Offer

Kalau loan lulus, anda akan terima Letter Offer dari bank. Sila baca betul-betul dan tandatangan sebagai pengesahan.
Biasanya dalam masa 7–14 hari dari permohonan.

6. Tandatangan S&P (Sales & Purchase Agreement)

Peguam akan sediakan dokumen S&P untuk ditandatangani. Ini dokumen sah yang menyatakan persetujuan jual beli.
Kos guaman boleh dibincang, dan tempoh proses ni bergantung pada status geran hartanah.

7. Tunggu Proses Pindah Milik & Serahan Kunci

Selepas S&P ditandatangani, pihak bank & peguam akan uruskan proses pindah milik dan pembayaran baki harga rumah.
Biasanya ambil masa 2 hingga 4 bulan, bergantung pada status rumah dan kelulusan bank.

Bila semua selesai, barulah serahan kunci dibuat secara rasmi.

Penutup: Biar Tahu Proses, Baru Tenang Nak Beli Rumah

Beli rumah bukan urusan kecil. Dengan ilmu dan panduan yang betul, anda boleh elakkan risiko, jimat masa dan buat keputusan lebih yakin.
Kalau anda nak bantuan dari A sampai Z, saya sedia bantu anda, dari semakan kelayakan hinggalah ke serahan kunci.