Hasnizam Hasan

REN33461

Salam Perkenalan

Saya Hasnizam Hasan, seorang ejen hartanah berdaftar yang aktif membantu urusan jual beli dan sewaan hartanah di kawasan Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan utara Perak.

Saya merupakan graduan Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang Antropologi & Sosiologi, dan kini saya fokus penuh dalam bidang hartanah, bukan sekadar menjual rumah, tetapi juga membantu pemilik dan pembeli untuk buat keputusan bijak berdasarkan data pasaran sebenar dan pengalaman lapangan.

Berdaftar & Bertauliah

Bernaung di bawah agensi yang sah dan berlesen, mengikut semua garis panduan dan undang-undang hartanah di Malaysia.

Pakar Kawasan Utara

Berpengalaman luas dalam pasaran hartanah di utara Semenanjung, merangkumi Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan utara Perak.

Servis A hingga Z

Memberi khidmat penuh termasuk semakan kelayakan, pemasaran, rundingan, guaman, dan urusan penyerahan kunci.

Telus & Profesional

Setiap urusan dilaksanakan dengan integriti, ketelusan dan mengutamakan kepentingan pelanggan.

Berpandukan Data Pasaran

Nasihat dan strategi hartanah disusun berdasarkan analisis pasaran sebenar, bukan sekadar anggaran atau spekulasi.

Komited & Responsif

Sentiasa bersedia memberi respon pantas, menyelesaikan isu dengan cekap dan mengekalkan komunikasi yang jelas.

 

Anugerah & Pengiktirafan

Second Runner-Up Top Producer (IW Properties – 2020)

Tempat ketiga terbaik keseluruhan daripada ratusan ejen seluruh Malaysia. Bukti komitmen tinggi  dan jualan walau dalam pasaran mencabar.

Champion Top 10 REN (IW Properties – 2021)

Dinobatkan sebagai Real Estate Negotiator paling cemerlang berdasarkan jualan tertinggi, konsistensi servis dan penglibatan aktif dalam pembangunan pasukan.

Top 3 Assistant Team Manager (IW Properties – 2021)

Pengiktirafan kepimpinan dalam membimbing pasukan ejen, menyusun strategi jualan dan membangunkan budaya kerja beretika dan profesional.

First Runner-Up Top Producer (AFZ Realty – Bertam Region 2023)

Antara ejen terbaik dengan jumlah jualan tinggi sepanjang tahun di kawasan Bertam. Penanda aras kejayaan selepas transisi agensi.

Third Runner-Up Nationwide Agent (HIT Properties – 2024)

Tempat ketiga terbaik di seluruh Malaysia, menunjukkan pencapaian luar biasa dalam pasaran hartanah yang kompetitif.

Rekod Konsisten Tahun ke Tahun

Prestasi diiktiraf hampir setiap tahun sejak 2019, termasuk pencapaian sebagai Top Producer, Team Leader dan Nationwide Agent.

Hubungi Saya