Carian Rumah Idaman
Padanan Hartanah Ikut Bajet
Servis ini disediakan khas untuk membantu pembeli mencari rumah yang sesuai dengan kemampuan kewangan, keperluan keluarga dan lokasi pilihan. Dengan akses kepada ratusan unit hartanah di utara Semenanjung, proses pencarian dibuat lebih fokus, mudah dan tersusun.
Maklumat pembeli akan ditapis dan dipadankan secara manual dengan senarai hartanah sedia ada, tanpa perlu scroll berjam-jam di platform iklan.
Carian Berdasarkan Kelayakan
Unit hartanah disaring berdasarkan bajet realistik dan kelayakan pinjaman semasa.
Fokus Kawasan Pilihan Pembeli
Hanya rumah yang berada di kawasan pilihan pembeli akan dicadangkan, sama ada untuk duduk sendiri atau pelaburan.
Akses Kepada Ratusan Unit
Pilihan dari pelbagai jenis rumah, apartment, terrace, semi-D, banglo, dan tanah lot, di sekitar utara Semenanjung.
Hartanah Sah & Bebas Masalah
Semua unit dipastikan mempunyai status hak milik yang jelas, tiada isu tuntutan atau caveat tersembunyi.
Padanan Manual
Bukan carian automatik, setiap cadangan adalah hasil padanan sebenar berdasarkan keperluan individu.
Jimat Masa
Tiada lagi pencarian yang makan banyak masa, dapatkan senarai yang benar-benar sesuai.