Jual Rumah & Iklan Hartanah
Servis Dari A Sampai Z
Perkhidmatan ini disediakan untuk membantu pemilik menjual hartanah dengan cepat, selamat dan pada harga yang optimum. Segala urusan jualan diuruskan secara menyeluruh, dari strategi pemasaran, iklan, penapisan pembeli, rundingan harga, hingga dokumentasi guaman dan pinjaman.
Dengan pengalaman dalam pasaran hartanah tempatan, digabungkan dengan sokongan pasukan pemasaran dan rangkaian pembeli aktif, servis ini direka untuk memudahkan proses jualan tanpa tekanan.
Gambar & Video Profesional
Hartanah dipersembahkan secara visual menarik menggunakan fotografi dan videografi profesional bagi meningkatkan daya tarikan pembeli.
Iklan di Platform Hartanah
Unit akan dipasarkan di pelbagai portal hartanah terkenal serta rangkaian sosial untuk capaian maksimum.
Tapisan Pembeli
Setiap prospek disaring berdasarkan kelayakan kewangan dan kesungguhan untuk beli, elak pembaziran masa.
Rundingan Harga
Urusan tawar-menawar diuruskan dengan teliti agar kedua-dua pihak capai persetujuan terbaik.
Urusan Guaman & Pinjaman
Dokumen rasmi, S&P, loan & guaman diselaraskan terus dengan rakan profesional, satu aliran kerja lancar.
Jualan Pantas & Teratur
Strategi pemasaran disesuaikan dengan jenis hartanah dan lokasi untuk mempercepatkan proses jualan.